Saturday, 2 November 2013

Sedih pilu


Aku tak tahu macamana nak explain apa yang aku rasakan sekarang. Kenapa hati aku rasa macam sedih dan pilu sangat ? Padalah aku sekarang tengah bahagia dengan bie. Mungkin sebab aku nak balik kampung minggu depan dan tinggalkan bie sekejap. Hmmm, entah lah. Kadang-kadang aku rasa pelik dengan perasaan aku sendiri. Mungkin sekarang aku tengah bosan dan rasa ni cuma permainan perasaan je. Tak perlu kot nak layan sangat. Hmmm. Okay. Lupakan. Sekarang aku ada bie dan aku happy :) So, kenapa perlu sedih. Kan ? Hee

Hubungan aku kalini memang sangat jauh beza dari yang sebelum-sebelum ni. Dari dulu aku berangan nak yang macamni. Dekat, senang jumpa, ada apa-apa masalah senang je nak datang bantu. Ni baru betul boyfriend. Boyfriend yang selalau ada untuk girlfriend dia. Aku memang beruntung kalini dapat yang macamni tapi aku sedar, akan ada satu masa nanti aku tak dapat lagi nak macamni. Sekarang boleh sebab masing-masing tak sibuk sangat. Banyak sangat masa boleh luangkan bersama. Hari-hari nak jumpa pun boleh. Tapi nanti ? Bila aku dah start kerja, dan bie start dengan kelas dia ? Hmmm. mesti berat aku nak terima nanti. Dan pastinya sedih sangat dan rindu saat-saat aku dapat bersama dia :'(

Walaupun belum sampai lagi waktu tu, aku dah rasa sedih.. Aku nak selalu ada dekat bie. Seksanya bercinta sebelum nikah :'( Padan lah orang cakap bercinta selepas nikah tu indah. Hmmm, Maaaaakkk nak kawen ! :'(

Thursday, 31 October 2013

Garang sebenarnya



Aku tak berapa suka dengan budak-budak. Bila aku rasa budak tu dapat menyenangkan aku, tak buat aku rasa annoying dengan aku, aku okay la. memang suka laa. Tapi kalau budak tu buat perangai mengada-ngada dia, aku memang sangat geram. Dan kat situ baru nampak yang aku sebenarnya seorang yang garang ! Aku dah sedar lama dah pun sebenarnya. Kalau boleh aku tak suka lah nak marah-marah. Selagi aku boleh sabar, aku sabar je. Tapi kalau dah melampau sangat, haaa jagalah. ameklah habuannya. Kena lah kau. 
Budak-budak ni mana boleh sangat bagi muka. Kalau kita terlampau berlembut memang dia makin melampau. Kena garang sikit. Tapi tahap aku takde la sampai nak mendera, pukul-pukul. Bagi dia takut sikit dah la.. Haaa. Lagipun budak-budak ni mana makan saman. Kejap je diam bila kena marah. Lepas tu, huhahuhaaa balik. Apa yang kita marahkan pun dia lupa dah. 
Mungkin disebabkan ni budak-budak susah nak rapat dengan aku. Tapi aku tak kisah pun. Kalau bebudak suka sangat nak mengendeng kat aku tak best jugak. annoying. Aku tak suka la. Rimas woo. 

Monday, 28 October 2013

Takde tajuk. Malas taip


Harini mungkin aku boleh catatkan dalam diari hidup aku sebagai hari yang mengembirakan. Kenapa ? Sebab dapat dating dengan citcit. Baca bebetul. CITCIT. bukan cicit. Karang jadi kontroversi pulak cakap aku dah ada cicit sebab kawen dengan datuk orang. *bajet artis nak ada kontroversi. Datuk ? Err.... Aku tak fikirkan datuk yang tua tu tapiiii.... arhhh ! Nevermind.... lalalalaaa

Takdelah special mana pun dating kami ni. Tapi disebabkan keluar dengan orang yang sangat-sangat disayangi ni lain laa... Kalau duduk dalam kereta je yang sangkut dalam jem di waktu tengahari yang panas terik pun aku boleh cakap itu romantik ! hahaha. Itulah cinta orang cakap. Orang yang cakap. Aku taip je...

Time- time macamni pulak lah mood rindu aku pada dia datang. Haihhh, baru nak mengimbau kembali apa yang jadi tadi.. Bila mood rindu dah datang, mood malas pun sebuk jugak la melenggang datang mengekor si mood rindu tuh. Hmmm. Dah aku malas taip dah




Sunday, 27 October 2013

Feel like an actress sometimes !


Aku rasa sangat bertuah. This is totally depends upon my life's journey since I met him. Why I'm saying that I feel like an actress sometimes. HAHAHA. Sebabnyaaaa.....apa-apa yang terjadi semasa kami bersama keluar dating pergi sana sini, semuanya nampak macam dalam drama kat TV ! Seriously ! Hahaha.

Aku excited sebenarnya kalau nak cerita pasal buah hati pengarang jantung aku dekat blog. Excited plus malu. Malu sebab there will come a time when he start stalking me. Oh NO !! Hahahaha.

Okay okay. berbalik dekat part yang aku cakap rasa macam actress tuuu.. Hahaha. Yelakan, mana tak rasa macam dalam drama kalau every moments nampak sweet je. Macam segalanya dah di plan. Takkan dia pulak yang rangka plan secantik tu tiap kali keluar dating ? Hahaha. Mungkin sebab terpengaruh TV kuat sangat sampai babak-babak romantis dalam drama tu terbawak-bawak ke alam realiti. Hahaha. Tapi apa yang terjadi tu semuanya menyenangkan dan mengembirakan aku.

Relationship kalini 1st time buat aku rasa macam...... errgh ! I can't think any word to describe it... But honestly, part of me is scared that there will come a time when he don't feel the same way anymore, that he will somehow forget what we shared. Hmmm. Tapi aku ni suka sangat fikir yang bukan-bukan walaupun aku selalu latih hati aku untuk yakin yang dia tercipta untuk aku, jodoh aku. InsyaAllah. Aminnn :')

Dari mula-mula kenal sampailah sekarang dah ada ikatan 'couple'. Couple okay... *couple baruuuu. dia tak berubah pun. Sama je macam dulu. Mungkin dia ingat kot yang aku pernah cakap, lelaki ni semua jenis "MULA-MULA JE" Hahaha. Maksudnya, mula-mula je tunjuk baik, caring, loving bagai, tapi bila dah declare couple jeee semuanya takde dah. MULA-MULA JE buat sebabnya nak memikat hati sang gadis.
This is one of the reason WHY i feel so lucky.. Hehehe

Sekian

Friday, 25 October 2013

Cerita disebalik lagu . . .


Sesetengah lagu bila aku dengar, mesti mengingatkan aku pada seseorang atau sesuatu peristiwa yang pernah terjadi kat diri aku. Contoh macam lagu- lagu ni :


  • Sesuatu - Syahrini & Feel this moment - Pitbull ft Christina Aguilera .
    Lagu-lagu ni mengingatkan aku pada Watsons. Tempat keja aku dulu selalu pasang lagu ni. Bila dengar je lagu-lagu ni, dari start sampai habis memang kepala aku akan ingat moments yang jadi dekat watsons tu termasuklah kawan-kawan kat situ. Dah bila teringat tu of course la sedih weeeeeh ! :'(



  • Saat terakhir- st12.
    Kalau dengar lagu ni sebenarnya mengisahkan pasal kekasih dia mati. Memang lagu ni sangat sedih. Bagi aku bukan sedih sebab menghayati lirik lagu tu tapi sedih aku rindukan zaman PLKN aku dulu. Nampak ? Langsung takde kena mengena kan ? Lagu pasal orang mati dengan kem PLKN. Hahaha. Tapi seriously, aku boleh mengangis kalau dengar lagu ni sorang-sorang !

  •  Rasa ini -Viera.
    Lagu viera ni kalau aku dengar aku ingat kat 1st blog aku dan zaman-zaman aku baru nak jejak kaki dalam dunia pem'blog'kan..hehee. Actually, aku lebih teringatkan blog lyssasecret. Dia yang letak lagu viera ni dulu dalam blog dia. Aku pun cari juga lah cord lagu ni dan letak dalam blog aku. Hahaha. Rindu pulak kat blog tu. Hmmm.

  • The one you got away- Katy perry
    Haaa, lagu ni buat aku rindu semester 3 aku duluuu :'( . Kenapa ? sebab selalu dengar waktu pagi sebelum pergi kelas. Bukan aku play kan mp3 pun, tapi aku set alarm ringtone dengan lagu ni. Hahahaa. Dengar je lagu ni, sepanjang 5bulan dalam semester 3 tu aku ingat. Tapi tak la semua. Mana yang syok-syok je.. Hahaa

  • What does the fox say - Ylvis
    Lagu yang boleh dikategorikan sebagai lagu bangang yang best dan klakar ni bila aku dengar aku akan ingat dekat encik bie aku. Hahahaha. Puncanya, dia nyanyi lagu ni dalam kereta dengan sangat kelakar ! Hahahaha. Siap dengan gaya dia goyang memang jelas aku ingat. Dan tiap kali aku dengar dan ingat aku akan gelak sorang-sorang. hahaha.

Sebenarnya banyak sangat lagi lagu yang boleh mengingatkkan aku pada sesuatu bila aku dengar. Nak listkan semua memang tak lah der. M.A.L.A.S ! 
Kesimpulannya, hmmmm. Sekian.


Thursday, 17 October 2013

Sometime ....




Sometimes, i wonder how people see me and what they think of me. It scares me a bit, honestly ! I'm sure though that what they think of me, what they think my life is, is a complete misperception. I always tried to show myself as a carefree person, as someone who wont get bothered because of public judgement. I'm sure my friend and family think there is nothing going wrong in my life. I'm not worry and i'm always happy.
I'm sure they probably hate me for it because.... hmm, lets admit it. There is nothing worse than seeing someone who is life seems so perfect while yours is complete mess.
Truth is, I have become an expert at pretending. I think we are all experts or at least er are getting there.

Wednesday, 16 October 2013

Bila hati berbisik " aku sunyi "


Kadang kala  aku rasakan satu perasaan yang sangat sunyi. Satu perasaan yang sangat terusik hati. Tapi lumrah la kan kita sebagai manusia mempunyai perasaan yang mana semua orang pernah rasakan. Aku bukanlah seorang yang kuat pun. Perasaan tu selalu muncul bila aku sedang dalam sendirian. Terasa sangat sunyi sampai bertukar jadi sedih. Aku tak mampu nak tafsir perasaan ni. Ia hadir sebentar dan berlalu pergi. Bila sunyi macamni lah aku mula rindukan gelak tawa keluarga, adik-beradik dan kawan-kawan. Tak lupa jugak Mr. muncit aku. *nak jugakkk

Pernah aku tertanya, kenapa Allah ciptakan rasa sunyi dan sedih ? Dan kenapa juga dia ciptakan airmata ? 2 soalan yang aku boleh jawab sendiri. hohoho. Sebenarnya airmata boleh dijadikan medium untuk kita luahkan perasaan. Cuba kalau kita menangis, mesti rasa lega sikit kan ? Walaupun sebenarnya ia tak mengubah apa-apa pun. Tapi bila menangis bukan tandanya kita ni seorang yang lemah, sebaliknya airmata itu untuk membasuh luka batin dan beri satu kekuatan baru buat kita.


Kadang-kadang memang Tuhan menguji kita dengan kesedihan, kekecewaan dan kesunyian. Kalau pandang dari sudut yang lain, kesediahan, kekecewaan dan kesunyian ni macam satu 'peluang'. Peluang untuk kita dekatkan diri padaNya. Mungkin selama ini kita lalai atau alpa. Hmmm, mungkin la ada sesetengah orang yang bila sedih je baru nak cari sejadah. Bila kecewa je baru ingat nak mengaji al-quran. Bila down je baru sibuk nak mengadu dan menangis, berdoa padaNya.

Tujuan aku taip entri ni sebenarnya nak bagitau atau lebih kepada nak mengingatkan diri sendiri supaya jangan tersilap. Allah berikan kita rasa sunyi sebab nak bagi kita masa untuk kita fikir tentang diri kita. 

Sekian.