Saturday, 2 November 2013

Sedih pilu


Aku tak tahu macamana nak explain apa yang aku rasakan sekarang. Kenapa hati aku rasa macam sedih dan pilu sangat ? Padalah aku sekarang tengah bahagia dengan bie. Mungkin sebab aku nak balik kampung minggu depan dan tinggalkan bie sekejap. Hmmm, entah lah. Kadang-kadang aku rasa pelik dengan perasaan aku sendiri. Mungkin sekarang aku tengah bosan dan rasa ni cuma permainan perasaan je. Tak perlu kot nak layan sangat. Hmmm. Okay. Lupakan. Sekarang aku ada bie dan aku happy :) So, kenapa perlu sedih. Kan ? Hee

Hubungan aku kalini memang sangat jauh beza dari yang sebelum-sebelum ni. Dari dulu aku berangan nak yang macamni. Dekat, senang jumpa, ada apa-apa masalah senang je nak datang bantu. Ni baru betul boyfriend. Boyfriend yang selalau ada untuk girlfriend dia. Aku memang beruntung kalini dapat yang macamni tapi aku sedar, akan ada satu masa nanti aku tak dapat lagi nak macamni. Sekarang boleh sebab masing-masing tak sibuk sangat. Banyak sangat masa boleh luangkan bersama. Hari-hari nak jumpa pun boleh. Tapi nanti ? Bila aku dah start kerja, dan bie start dengan kelas dia ? Hmmm. mesti berat aku nak terima nanti. Dan pastinya sedih sangat dan rindu saat-saat aku dapat bersama dia :'(

Walaupun belum sampai lagi waktu tu, aku dah rasa sedih.. Aku nak selalu ada dekat bie. Seksanya bercinta sebelum nikah :'( Padan lah orang cakap bercinta selepas nikah tu indah. Hmmm, Maaaaakkk nak kawen ! :'(